TA Securities: Kelemahan jualan projek mewah di Singapura terus jadi cabaran utama IOI Properties

Business & FinanceProperty
31 Jul 2026 • 9:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TA Securities: Kelemahan jualan projek mewah di Singapura terus jadi cabaran utama IOI Properties Image from: TA Securities: Kelemahan jualan projek mewah di Singapura terus jadi cabaran utama IOI Properties amree31/07/2026 - 09:25 Foto kredit Jisun Han / Unsplash+ Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 Julai — Risiko isu kelembapan jualan projek mewah W Residences Marina View di Singapura terus menjadi cabaran utama kepada IOI Properties Group Berhad, menurut TA Securities.

 

Firma itu namun menambah, prospek pendapatan kumpulan semakin kukuh dengan prestasi operasi dijangka ditutup dengan cemerlang pada tahun kewangan 2026 (FY26), disokong pelbagai faktor.

 

Antaranya jualan hartanah domestik yang positif pada suku keempat FY26 mampu melepasi RM700 juta, pelupusan tanah strategik serta peningkatan pendapatan berulang daripada aset pelaburan tertentu.

 

"Kadar tempahan 80% berpotensi menjana jualan hingga RM660 juta, dan membolehkan jualan hartanah teras IOI Properties bagi FY26 melepasi sasaran pengurusan iaitu RM2 bilion," kata TA Securities.

 

Ujarnya, jika digabungkan dengan jualan tanah bernilai RM1.35 bilion, jumlah jualan keseluruhan dijangka lebih RM3.4 bilion, dengan firma itu turut menyemak semula unjuran keuntungan syarikat.

 

Ia berpandangan strategi pembangunan perindustrian kumpulan itu semakin menunjukkan hasil apabila 526 hektar bank tanah perindustriannya di Banting, Melaka dan Kulai berpotensi menyumbang tunai.

 

IOI Properties_DagangNews2026

 

Segmen pelaburan hartanah jelas TA Securities, kini muncul sebagai penjana keuntungan terbesar IOI Properties apabila merekodkan keuntungan operasi RM577.9 juta bagi tempoh sembilan bulan FY26.

 

"Pendapatan berulang dijangka meningkat menerusi sumbangan penuh South Beach, peningkatan kadar penghunian IOI Central Boulevard Towers dan pengambilalihan Asia Square Tower 2 (AST2)," katanya.

 

Selain itu, cadangan penyenaraian IOI REIT pada suku keempat tahun kalendar 2026, turut kekal mengikut jadual dengan membabitkan pelupusan sembilan hartanah pelaburan bernilai RM7.58 bilion.

 

Usaha terbaharu IOI Properties itu kata Securities, dijangka menawarkan pulangan agihan sekitar 6.5% hingga 7.0%, sekali gus berpotensi menjadi saiz REIT yang kelima paling besar di Malaysia.

 

Namun, firma itu mengingatkan isu duti setem pembeli tambahan (ABSD) bagi projek W Residences Marina View kekal menjadi sebagai risiko utama di samping kelemahan pasaran pejabat di Singapura.

 

"Justeru, kami menurunkan unjuran FY28 sebanyak 25.6% berikutan perubahan jadual pengiktirafan keuntungan, tetapi mengekalkan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM4.55 sesaham," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved