Tabung solidariti Najib cecah RM1 juta

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 1:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Tabung solidariti Najib cecah RM1 juta

KUALA LUMPUR — Umno telah mengumpul RM1 juta untuk membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat untuk menjalani baki hukuman kes rasuahnya di bawah tahanan rumah.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sehingga 9.30 pagi ini, Tabung Solidariti Najib Razak telah mencecah RM1 juta.

“Alhamdulilah, pagi ini pukul 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 Juta. Teruskan menyumbang walaupun hanya RM10,” kata Asyraf menerusi hantaran di Facebook, berserta nombor akaun bank.

Umno melancarkan kutipan dana itu semalam selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Selain membayar denda itu, Najib juga perlu mematuhi semua syarat lain yang dikenakan, atau pengampunan berkenaan boleh dibatalkan dan beliau akan dihantar semula ke penjara.

Pelbagai pihak menuntut ketelusan daripada kerajaan berhubung syarat-syarat lain yang akan dikenakan, selain kerangka undang-undang yang membolehkan tahanan rumah dilaksanakan.

Setakat ini, Najib telah menjalani hukuman penjara selama empat tahun di Penjara Kajang atas kesalahan rasuah melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan yang sama mengurangkan separuh hukuman penjara asalnya selama 12 tahun dan mengurangkan denda RM210 juta yang dikenakan mahkamah kepada RM50 juta. - 19 September, 2026

The post Tabung solidariti Najib cecah RM1 juta appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved