Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor

18 Nov 2026 • 6:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor

Taburan hujan lebat mencecah 114.5mm mencetuskan banjir di 23 kawasan merentasi empat daerah di Selangor, memaksa pemindahan 1,373 mangsa ke pusat pemindahan sementara.

SHAH ALAM: Hujan sangat lebat dengan rekod taburan antara 63.5 milimeter (mm) hingga 114.5mm menyebabkan banjir di 23 kawasan membabitkan empat daerah di Selangor, semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam kenyataan memaklumkan daerah terbabit ialah Klang yang merekodkan lapan kawasan terjejas, Gombak (tujuh), Kuala Selangor (lima) dan Petaling (tiga).

Jabatan itu memaklumkan Kuala Selangor merekodkan taburan hujan tertinggi, iaitu 114.5mm di Kampung Merbau Indah Tambahan dan Perumahan Saujana Aman.

“Di daerah Klang, antara kawasan terjejas ialah Kampung Delek dan Kampung Rantau Panjang yang masing-masing merekodkan taburan hujan 95.5mm diikuti Kampung Jalan Kebun (94.5mm).

“Sementara itu, di Gombak, Pekan Batu Arang dan Jalan Tasik Puteri-Batu Arang (Jalan Lembah Hijau) masing-masing merekodkan taburan hujan 84.5mm,” menurut kenyataan itu. 

 Di Petaling, JPS Selangor memaklumkan Kampung Kubu Gajah mencatatkan bacaan 79mm, diikuti Kampung Budiman, Shah Alam (73.5mm) dan Lorong Keluli 1C, i-City (69mm). 

Selain itu, JPS Selangor memaklumkan sebanyak 353 pintu air dan 161 pam kekal berada dalam mod operasi aktif bagi mengeluarkan air banjir ke sungai.

Sebanyak 141 pam kecemasan mudah alih atau pam bergerak telah dipasang dan beroperasi di sembilan daerah manakala sembilan unit berada dalam mod siap siaga untuk ditempatkan di lokasi kritikal jika diperlukan.

Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,373 orang daripada 363 keluarga pada pagi tadi berbanding 1,111 orang daripada 295 keluarga petang semalam yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved