Banjir: 2,527 Penduduk Di 4 Negeri Dipindah, 23 PPS Dibuka

LocalEnvironment
18 Nov 2026 • 12:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Banjir: 2,527 Penduduk Di 4 Negeri Dipindah, 23 PPS Dibuka

KUALA LUMPUR - Seramai 2,527 penduduk daripada 762 keluarga terpaksa dipindahkan ke 23 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan maklumat dalam Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 1,376 penduduk daripada 364 keluarga ditempatkan di 10 PPS melibatkan tiga daerah.

Kuala Selangor menjadi daerah paling terjejas dengan 1,170 mangsa daripada 314 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Di Klang pula, seramai 182 mangsa daripada 44 keluarga berlindung di sebuah PPS, manakala Gombak merekodkan 24 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, di Perak, seramai 1,030 mangsa daripada 362 keluarga ditempatkan di sembilan PPS yang dibuka di lima daerah.

Daerah Larut, Matang dan Selama merekodkan jumlah mangsa tertinggi di negeri itu dengan 614 penduduk daripada 230 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Kerian pula mencatatkan 156 mangsa daripada 52 keluarga di dua PPS, diikuti Manjung dengan 129 mangsa daripada 37 keluarga, Hilir Perak (108 mangsa daripada 34 keluarga) dan Kampar (23 mangsa daripada sembilan keluarga).

Di Melaka, seramai 63 penduduk daripada 19 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di dua daerah.

Daripada jumlah itu, Melaka Tengah merekodkan 47 mangsa daripada 12 keluarga di sebuah PPS, manakala sebuah lagi PPS di Alor Gajah dibuka hari ini bagi menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga.

Di Negeri Sembilan pula, seramai 58 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di dua PPS di Port Dickson yang mula beroperasi sejak semalam. - Getaran, 18 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved