Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman timang cahaya mata lelaki

EntertainmentFamily & Parenting
24 Jun 2026 • 10:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Fattah Amin selamat menimang cahaya mata lelaki apabila isterinya, Amira Othman selamat bersalin pada jam 6.20 petang semalam.

Khabar gembira daripada Fattah Amin & Amira Othman

Menerusi hantaran di Instagram, Fattah Amin memaklumkan khabar gembira berkenaan sambil memuat naik gambar menggendong bayi mereka serta menyatakan sekali nama pilihan untuk putera tersayang.

Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 ptg semalam,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut juga, Fattah meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Aktor berkenaan turut berdoa agar Jarir menjadi anak yang soleh serta penyejuk mata kedua orang tua.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy” katanya.

Syukur Alhamdulillah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran anak pasangan selebriti itu.

Mereka juga mendoakan supaya Jarir menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa dan semua.

Image from: Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman timang cahaya mata lelaki

Tahniah Kak Ya & Bang Long

Image from: Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman timang cahaya mata lelaki

Semoga si kecil membawa seribu rahmat

Image from: Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman timang cahaya mata lelaki

Sekadar info, Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga dengan Amira Othman pada 14 September 2025.

Pasangan ini melangsungkan majlis akad nikah di Golden Palm Tree Resort, Sepang bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Fattah juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aisya Fatima hasil perkahwinan terdahulu dengan selebriti, Nur Fazura sebelum mereka berpisah pada 7 Oktober 2024.

Sumber: Instagram fattahaminz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved