“Tahu ke tak tahu, pada saya tiada isu” – Dikatakan Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin, Ini Komen Amira Othman

Entertainment
5 Aug 2025 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Amira Othman tampil menjelaskan mengenai video tular yang mengatakan dirinya mengetahui kata laluan telefon milik ‘rakan sekerjanya’ iaitu Fattah Amin.

Menurut Amira, sebagai rakan yang sudah lama bekerjasama, mereka juga selesa dan profesional ketika bekerja.

“Tahu password atau tak tahu ke, pada saya tiada isu pun,” kata penyanyi Hati-Hati itu.

Jelasnya, ia bukanlah sesuatu isu yang besar apabila dia memegang telefon Fattah ketika sesi siaran langsung kerana mereka hanya melihat komen orang ramai sahaja.

“Saya nak beri penjelasan di sini mengenai perkara itu. Selepas saya tengok semula video itu, bukan saya yang buka kata laluan Fattah sebaliknya masa dia beri telefon itu dalam keadaan unlock.

“Jadi bila soalan tu ditanya peminat, saya pun tertanya-tanya semula kerana saya tak buka kata laluan itu dan saya juga tanya semula pada orang ramai sama ada saya ada buka kata laluan telefon pintar Fattah?

“Saya pun tak perasan dan bila tengok balik video itu baru saya teringat saya tak buka pun kata laluan telefon Fattah itu,” jelasnya.

Sementara itu, Fattah pula berkata mereka berdua sangat menjaga dan menghormati privasi masing-masing.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Amira didakwa mengetahui kata laluan telefon milik Fattah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.