“Bukan Ikon Muslimah Ke?” – Dah Tak Labuh, Stail Tudung Amira Othman Dikecam?

EntertainmentLifestyle
5 Aug 2025 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Amira Othman menjadi bualan hangat di media sosial selepas muncul dalam sebuah acara dengan gaya tudung yang dikatakan berbeza daripada imej biasanya.

Dalam beberapa foto dan video yang tular, Amira dilihat mengenakan tudung yang diikat ke belakang leher, menampakkan bahagian hadapan dadanya tanpa lapisan tudung seperti kebiasaannya.

Gaya tersebut mengundang teguran dan kecaman daripada segelintir netizen yang beranggapan ia tidak seiring dengan penampilan ‘muslimah bertudung labuh’ yang pernah menjadi identiti Amira sejak awal kemunculannya.

image is not available

“Perasan jugak, stail dia dah banyak berubah sekarang,” tulis seorang pengguna.

Namun begitu, masih ramai peminat tampil mempertahankannya, mengatakan gaya tudung seseorang tidak wajar dijadikan ukuran mutlak kepada keimanan individu.

Amira setakat ini belum memberikan sebarang kenyataan balas mengenai isu tersebut di media sosial.

image is not available 2025-08-04 14:54:30

"Tak Mungkinlah Rakan Sekerja Je Ni.." - Amira Othman Kantoi Tahu 'Password' Telefon Fattah Amin?