Taiyo Yuden labur semula RM600 juta untuk fasa keempat operasi di Sarawak

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 2:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Taiyo Yuden labur semula RM600 juta untuk fasa keempat operasi di Sarawak Image from: Taiyo Yuden labur semula RM600 juta untuk fasa keempat operasi di Sarawak hamden30/09/2026 - 14:49 Kilang Taiyo Yuden di Kuching, Sarawak. - Gambar/ Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR 30 Sept - Operasi syarikat pengeluar komponen elektronik multinasional Jepun, Taiyo Yuden memasuki fasa pengembangan keempat dengan kira-kira RM600 juta akan dilaburkan semula di negeri itu.

 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaburan semula tersebut merupakan antara komitmen yang dijangka menyumbang kepada prestasi pelaburan diluluskan Sarawak bagi 2026.

 

"Kita sudah melaksanakan rundingan dengan beberapa syarikat yang sudah mempunyai komitmen.

 

"Ada pelaburan baharu dan ada pelaburan semula, maknanya syarikat-syarikat ini sudah membuat pelaburan dan beroperasi di sini, dan akan menambah lagi pelaburan mereka seperti Taiyo Yuden," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) MINTRED sempena Hari Integriti dan Inovasi MINTRED 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Selasa.

 

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) berkata, sebanyak RM11.2 bilion pelaburan telah diluluskan dalam sektor primer, pembuatan dan perkhidmatan bagi tempoh separuh pertama 2026.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memberikan sasaran jumlah pelaburan diluluskan bagi keseluruhan 2026, lapor TVS.

 

Untuk rekod, Sarawak berjaya menarik pelaburan diluluskan bernilai RM116.8 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025, melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama.

 

Pada 2025 pula, Sarawak menerima pelaburan berjumlah lebih RM16 bilion, dengan sektor perkhidmatan dan pengilangan mencatat jumlah terbesar. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved