Taj Izrin cipta sejarah sumbang emas kedua negara acara e-sukan

GamingSports
23 Sep 2026 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Taj Izrin cipta sejarah sumbang emas kedua negara acara e-sukan
TAJ Izrin menghadiahkan pingat emas kedua buat Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara e-sukan GT7 pada Rabu. Foto: FB MESF.

TAJ Izrin Aiman Taj Madira melakar sejarah apabila menghadiahkan pingat emas kedua buat Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara e-sukan Perlumbaan Gran Turismo 7 (GT7) pada Rabu.

Kejayaan itu turut menyaksikan e-sukan menghadirkan pingat emas sulung dalam sejarah penyertaan Malaysia pada temasya berkenaan selepas Taj Izrin mengumpul mata tertinggi dalam tiga perlumbaan akhir di Aichi Sky Expo Hall D.

Anak didik bekas pelumba Formula 1 negara, Alex Yoong itu bermula dengan menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pertama dan kedua untuk mengumpul 16 mata.

Pelumba negara itu kemudian tampil lebih agresif dalam perlumbaan ketiga apabila mendominasi saingan untuk muncul juara setelah mengutip 36 mata, sekali gus mengatasi pencabar terdekatnya.

Kemenangan berkenaan membolehkan kontinjen negara menambah koleksi emas selepas Adeola Fay Robert menyumbang pingat emas pertama Malaysia menerusi acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) karate pada Selasa.

Adeola menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 pada aksi final semalam.

Dalam pada itu, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) turut menjanjikan ganjaran RM20,000 kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang berjaya meraih emas pada temasya kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved