
PETALING JAYA – “Memang tak ada tong sampah ke Malaysia ni?” itu luahan seorang pengguna Threads yang mempersoalkan tindakan segelintir individu membuang sampah ke dalam sungai atau longkang.
Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, @Jayj4yqt, yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan berkenaan sehingga menimbulkan persoalan mengapa saliran air masih dijadikan tempat membuang sampah walaupun tindakan itu boleh mencemarkan alam sekitar.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, selain bimbang sampah yang dibuang boleh menjejaskan kebersihan persekitaran.
“Ni buang hantu ni. Selalu bomoh dia cakap kena buang kat sungai atau parit yang mengalir. Bahan-bahannya buah-buahan tak apa, yang plastik tu bawalah balik,” komen tree_fnh.
Seorang pengguna lain pula mencadangkan orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan supaya individu yang membuang sampah merata-rata dikenakan tindakan.
“Report (buat laporan) majlis perbandaran, biar kena denda, buat khidmat masyarakat, cuci tandas,” katanya.
Malah, seorang netizen turut mengaitkan sikap membuang sampah ke dalam saliran air dengan kejadian banjir yang sering berlaku.
“Bila banjir salahkan semua orang kecuali diri sendiri. Padahal inilah punca longkang, parit, sungai semua sumbat!” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Tak ada tong sampah ke?’ Sampah dibuang ke saliran air appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Tunggu ‘towing’, kereta pula hanyut dibawa arus](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kereta-hanyut-1024x538.jpeg)


![[VIDEO] Banjir kilat landa TTDI, Damansara Utama](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/149e3288-609f-4de6-aa16-d049962b03dc-1024x682.jpeg)