“Tak baca berita ke?” – Netizen Geram Masih Ada Yang Pergi Hutan Lipur Walaupun Musim Hujan

18 Dec 2022 • 9:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menurut laporan BERNAMA, masih ada pengunjung yang beriadah Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari Sabtu semalam walaupun ketika musim hujan.

Tambahan pula, memetik laporan BERNAMA, kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul di Negeri Sembilan itu juga difahamkan telah ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga kerana berisiko kepala air dan sekarang merupakan musim tengkujuh.

Memang lah tragedi tanah runtuh yang berlaku beberapa hari lepas terjadi di tapak perkhemahan di Selangor, tapi kita sebagai rakyat yang peka dan cakna dengan isu semasa sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga la kan terutamanya ketika musim hujan ni.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jadi, tak kira lah anda berada di negeri mana pun, yang penting kena elakkan daripada berkunjung ke tempat-tempat berkelah air terjun atau kawasan hutan buat masa ini.

Tindakan sesetengah individu yang tetap berkunjung ke kawasan hutan lipur itu telah menimbulkan kemarahan warganet di Twitter kerana pengunjung-pengunjung berkenaan dilihat seperti tidak takut dengan isu keselamatan mereka.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang mengesyorkan agar pihak kerajaan mendenda mana-mana individu yang masih berdegil untuk berkunjung ke kawasan hutan lipur atau air terjun ketika musim ini.

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor ditutup selama 7 hari bermula semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

So, kalau korang ada plan nak pergi picnic di air terjun hari ni atau sepanjang minggu ni, lebih baik cancel je plan tu sebelum ada perkara buruk yang berlaku.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.