
Setiap di antara kita pasti ingin hidup dalam keadaan yang selesa dan kebersihan merupakan perkara yang paling penting khususnya jika hidup berjiran.
Ini kerana kita tidak hanya menjaga kebersihan di kawasan rumah sendiri sebaliknya di seluruh tempat kejiranan agar tiada isu seperti bau busuk, laman bersepah dan sebagainya.
Malah kawasan kejiranan yang bersih juga membuatkan penduduknya dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Aunty dipuji ramai kerana rajin bersihkan kawasan flat
Baru-baru ini, tindakan murni seorang aunty berbangsa India telah menjadi perhatian sehingga mendapat pujian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zayn, awalnya kelihatan aunty yang memakai baju berwarna ungu sedang sibuk menyapu di kawasan perumahan sebuah rumah flat.
Kelihatan aunty itu beralih dari satu kawasan sehingga ke bahagian pengumpulan sampah untuk membuang sampah-sarap yang telah disapunya disepanjang jalan.
Tindakannya itu, membuatkan kawasan di sepanjang jalan flat berkenaan kelihatan bersih tanpa satu pun sampah-sarap.
Auntie rajin banget😍 bukan tugas dia , tapi di kerjakan
Tak berkira sapu dari blok D sampai F
Menurut Zayn aunty itu sebenarnya penghuni di blok D namun dia tidak berkira apabila melakukan pembersihan sehingga sanggup menyapu ke blok lain.
“Padahal aunty ini rumah dia block D, tapi dia sapu semua sampai ke blok F dan E,” kata Zayn.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Zayn, kelihatan aunty itu turut menyapu beberapa sampah yang berada berdekatan bilik sampah.
“Pernah tak kalian jumpa aunty yang rajin atau memang sering kamu jumpa di kawasan rumah kalian? Mesti ada salah satu aunty yang suka jaga kebersihan sampai halaman dan kawasan lain dia sapu,” tulis Zayn di ruang kapsyen.
Pernah tak kalian jumpa auntie yang rajin, Atau memang sering kamu jumpa. Di kawasan rumah kalian. Mesti ada salah satu auntie yg suka jaga kebersihan,sampai halaman dan kawasan lain dia sapu. 😍
Ramai puji, siap suruh beri upah
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap aunty yang dilihat langsung tidak berkira apabila membersihkan kawasan jalan yang ada di flat terbabit.
Malah terdapat seorang pengguna di media sosial mendakwa aunty itu sebelum ini bekerja di Alam Flora dan pernah dinobatkan pekerja terbaik.
Tidak kurang juga ramai yang ingin berjumpa dengan aunty ini dan memberikan sedikit sumbangan atas kerajinannya sebagai tanda penghargaan.
Ada juga memberikan cadangan untuk memberi aunty tersebut upah atas kerajinannya membersihkan blok.
“Ambil butiran aunty ni hantar nama untuk bakal masuk dalam tokoh anugerah masyarakat.”

“Kalau dah rajin macam tu jangan sia-siakan kebaikan dia. Baik upah je bersihkan blok, sekurang-kurangnya dapat pendapatan. Mungkin lebih daripada tu dia boleh buat, nampak ikhlas aunty ni. Love you aunty 🥰🥰”

“Aunty ni jenis pembersih. Dia tak suka tengok benda bersepah, jiran saya India pun sama. Pembersih dan baik dengan jiran tertangga.”




