Majlis perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian apabila cenderahati atau doorgift daripada majlis pasangan itu didakwa dijual semula di platform jual beli dalam talian.
Menerusi perkongsian tular di Threads, seorang individu dipercayai menawarkan cenderahati perkahwinan pasangan berkenaan di Carousell pada harga RM350.
AdvertisementDoorgift Perkahwinan Ditawarkan Pada Harga RM350
Perkongsian tersebut mencuri perhatian selepas memaparkan dakwaan bahawa barangan yang diberikan kepada tetamu sebagai tanda penghargaan sempena majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella telah disenaraikan untuk dijual.

Apa yang menjadi persoalan ialah harga RM350 yang diletakkan pada cenderahati berkenaan.
Seorang pengguna Threads turut meluahkan rasa hairan dengan tindakan tersebut.
“Doorgift Syed Saddiq dan Bella Astillah pun nak jual ke? Tak faham,” tulisnya.
Tindakan Jual Semula Cenderahati Jadi Persoalan
Hantaran itu sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai tindakan menjual semula barangan yang asalnya diberikan sebagai cenderahati kepada tetamu majlis perkahwinan.
Walaupun barangan tersebut merupakan pemberian kepada tetamu, tindakan menawarkannya untuk dijual pada harga ratusan ringgit menarik perhatian pengguna media sosial.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, identiti sebenar individu yang didakwa menjual barangan tersebut serta sama ada cenderahati berkenaan berjaya dijual pada harga ditawarkan masih belum dapat dipastikan.
Syed Saddiq Dan Bella Bernikah Pada 10 Oktober
Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, pada 10 Oktober lalu.
Majlis perkahwinan pasangan itu sebelum ini mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka.
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada Mei 2019.
Pasangan tersebut kemudian kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan terdahulu, Bella dikurniakan dua cahaya mata, Ayden dan Ara Adreanna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dapat Mesej Tetamu Balik Sebab 'Seating' Dalam Dewan, Mereka Kecil Hati" - Bella Astillah Mohon Maaf
The post “Mahal Nak Mamp*s” – ‘Doorgift’ Majlis Kahwin Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mula Dijual Dengan Harga RM350 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






