BUDI Diesel: Pemilik Boleh Pindah Kelayakan Kepada 3 Individu Mulai 16 Sept, Tak Terhad Kepada Keluarga Sahaja

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 12:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

BUDI Diesel: Pemilik Boleh Pindah Kelayakan Kepada 3 Individu Mulai 16 Sept, Tak Terhad Kepada Keluarga Sahaja

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pemilik berdaftar yang layak menerima subsidi BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) kini boleh memindahkan kelayakan kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit tertakluk kepada jumlah kenderaan diesel yang berdaftar.

Pada masa yang sama, pemilik berdaftar masih mengekalkan kelayakan bulanan bagi kenderaan diesel persendirian yang belum dipindah untuk kegunaan diri sendiri.

Perubahan itu berkuat-kuasa semalam (16 September) dan diumumkan sendiri Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Sebelum ini, pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat.

Penerima Yang Sudah Lulus Boleh Beli RON95 & Diesel Bersubsidi

Penerima yang diluluskan akan mendapat kelayakan bulanan sendiri yang boleh digunakan untuk membeli RON95 bersubsidi, diesel bersubsidi atau kedua-duanya. Pemindahan kelayakan ini bagaimanapun tidak melibatkan pertukaran hak milik kenderaan.

“Penambahbaikan ini dibuat susulan maklum balas diterima Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), terutama daripada pengguna kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak, dengan urusan jual beli kenderaan secara sambung bayar dan pemilikan beberapa kenderaan diesel dalam sesebuah isi rumah lebih lazim,” tambah kenyataan itu.

Penerima Perlu Ada MyKad & Layak Terima BUDI MADANI RON95

Tambah kenyataan itu, pemilik berdaftar boleh memindahkan kelayakan kepada mana-mana warganegara Malaysia mempunyai MyKad sah dan layak menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang juga pengguna sebenar kenderaan ditetapkan.

“Selepas permohonan diluluskan, penerima yang diluluskan boleh menggunakan MyKad sendiri untuk membeli diesel bersubsidi berdasarkan kenderaan diesel yang ditetapkan kepadanya.”

Contoh situasi menurut MOF:

Sekiranya Encik Alias mempunyai empat kenderaan diesel persendirian, beliau boleh memindahkan kelayakan bulanan kenderaan itu kepada pengguna sebenar seperti isteri, anak dan pekerjanya.

Encik Alias dan ketiga-tiga individu itu akan menerima kelayakan bulanan masing-masing berdasarkan jenis kenderaan yang digunakan.

Bagi kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pikap yang layak, Encik Alias sebagai pemilik berdaftar kenderaan itu memohon tambahan 100 liter sebulan tertakluk pada syarat ditetapkan sebelum permohonan pindah kelayakan dapat dibuat.

Individu Hanya Boleh Terima Pemindahan Kelayakan Daripada Seorang Pemilik Kenderaan Berdaftar Sahaja

Untuk info, seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan kelayakan daripada seorang pemilik berdaftar sahaja.

Permohonan boleh dibuat melalui Portal BUDI MADANI [DI SINI] atau di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Anda juga boleh ke stesen minyak berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi membolehkan kelayakan dapat digunakan mulai 1 hari bulan berikutnya, permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan semasa.

Permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 September akan diproses untuk membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 Oktober depan, tertakluk kepada semakan dan pengesahan data.

Baca Artikel Berkaitan: Bantuan Budi Agri-Komoditi & Budi Diesel Naik RM400

Baca Artikel Berkaitan: Ini Apa Yang Akan Berubah & Mula Dilaksanakan Di Malaysia Bermula 1 Julai 2026

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Kurang 1% Rakyat Malaysia Guna Lebih 200 Liter RON95 Setiap Bulan – Menteri Kewangan II

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved