Tak mahu kata-kata jadi doa! Vida tetap panggil anak ‘hebat’ walaupun hati terguris

Family & ParentingLifestyle
18 Sep 2026 • 3:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa dirinya memilih untuk memaafkan serta mendoakan perkara yang baik buat anak-anak meskipun ada sikap atau tindakan mereka yang mengguris perasaannya.

Image from: Tak mahu kata-kata jadi doa! Vida tetap panggil anak ‘hebat’ walaupun hati terguris

Menerusi perkongsian di media sosial, Vida berkata sebagai seorang ibu, beliau sentiasa berhati-hati dengan setiap perkataan yang dilafazkan terhadap anak-anak kerana percaya doa dan kata-kata seorang ibu mudah dimakbulkan.

“Sebagaimana pun sifat anak anak membuat saya terguris hati, Di bibir saya selalu berkata ‘ cikb kacak anak anak mama yang hebat ‘ Sebabnya , kata kata yang diucapkan oleh seorang ibu sangat sangat sangat mudah di ijabah (makbul),” ciapannya, hari ini.

Menurut Vida, setiap kali hatinya berkecil hati dengan sikap anak-anak, beliau akan segera menenangkan diri dan melapangkan hati untuk memaafkan mereka selain mendoakan agar perkara yang lebih baik berlaku dalam kehidupan anak-anaknya.

Image from: Tak mahu kata-kata jadi doa! Vida tetap panggil anak ‘hebat’ walaupun hati terguris

“Saya tak nak terdetik sedikit pon perasaan atau berkata perkataan tidak baik terhadap anak anak meskipun dalam hati,” katanya.

Vida turut menzahirkan kasih sayang kepada dua anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau Kacak menerusi ungkapan, “CIKB KACAK ANAK MAMA YANG HEBAT”.

Dalam perkongsian sama, Vida turut menyentuh mengenai besarnya peranan doa seorang ibu dalam kehidupan anak-anak, terutama apabila seseorang itu kehilangan sosok ibu.

“Doa ibu selalu iringi kehidupan anak-anak, sebab itu bila hilang sosok ibu hidup kita jadi kosong. Sebab dah tiada doa-doa daripada dia buat kita,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Hubungan rapat Vida bersama Cik B dan Kacak sebelum ini turut pernah menjadi perhatian, malah Cik B pernah menyifatkan ibunya sebagai seorang ibu yang hebat dan kuat serta berterima kasih kerana Vida tidak pernah berhenti mendoakan dirinya dan Kacak.

Sumber: Threads datoserivida

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved