Tak ‘Makan Saman’ Masih Siar Piala Dunia, Live TikTok Ammar Nazhan Digantung Tujuh Hari

2 Jul 2026 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pengguna Threads, mhfxxz_, mendakwa pempengaruh kontroversi, Ammar Nazhan sekali lagi menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia menerusi TikTok meskipun sebelum ini pernah menerima kecaman berhubung isu yang sama.

Advertisement

Perkongsian itu turut disertakan beberapa tangkap layar yang memaparkan siaran langsung berkenaan sebelum ia mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Malah, ramai pengguna dilihat menggesa agar siaran langsung tersebut dilaporkan kepada pihak TikTok kerana dipercayai melanggar peraturan platform.

Tidak lama kemudian, beberapa pengguna lain berkongsi paparan yang menunjukkan siaran langsung itu telah dihentikan oleh TikTok selepas platform berkenaan mengesahkan ia melanggar Garis Panduan Komuniti.

Ammar Nazhan

Susulan insiden itu, Ammar Nazhan memuat naik satu kenyataan memaklumkan bahawa akses siaran langsung di akaun TikTok miliknya telah digantung selama tujuh hari.

Dalam kenyataan sama, beliau menyatakan rasa hormat terhadap FIFA serta semua penyiar rasmi, selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut yang terus memberikan sokongan.

Ammar turut memaklumkan bahawa beliau akan kembali bersiaran secara langsung sebaik sahaja akses live di akaunnya dipulihkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ammar nazhan2026-07-01 15:16:17

Ammar Nazhan Didakwa Siar Semula Perlawanan Piala Dunia 2026 Di TikTok, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan

The post Tak ‘Makan Saman’ Masih Siar Piala Dunia, Live TikTok Ammar Nazhan Digantung Tujuh Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved