“Tak Perlu Segan Untuk Minta Maaf & Mengaku Khilaf” - Siti Nurhaliza

6 Mar 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat tidak perlu berasa segan untuk memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.
 

Tak perlu malu mengaku salah & minta maaf

 


Menurut Siti, tindakan seperti itu adalah lebih baik dan perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham berlaku sehingga menyebabkan sesuatu isu berlarutan.


 

“Saya rasa betul, kalau kita khilaf, kesilapan kita, saya minta maaf. 
 
“Itu lebih baik, it’s okay. Bagi saya tak perlu nak rasa segan untuk minta maaf,” ujarnya ketika ditemui di majlis perasmian Budaya Raya yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang pada Rabu. 

 


Siti berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf dibuat susulan tindakannya mempromosikan produk berkaitan nikotin di Instagram miliknya baru-baru ini.

 


Dalam pada itu, Siti juga berharap agar orang ramai menerima permohonan maaf yang dibuat. 


 


"Saya sendiri kongsi (hantaran itu) ketika dalam keadaan santai. Mungkin silap berkongsi," ujarnya.


 


Terdahulu, Siti tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat teguran oleh pihak Public Health Malaysia di Facebook selepas mempromosikan produk nikotin di media sosial, baru-baru ini.


 


Bukan sekadar memohon maaf, Situ juga bertindak menurunkan hantaran berkenaan daripada Instagram miliknya. 


 


Permohonan maaf Siti itu kemudiaannya menerima pujian netizen.