Tak Perlu Takut, Pelajar Boleh ‘Report’ Insiden Buli Guna Kiosk Anti-Buli Dengan Selamat

LocalFamily & Parenting
6 Nov 2025 • 5:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Perlu Takut, Ini Cara Pelajar Boleh ‘Report’ Insiden Buli Guna Kiosk Anti-Buli Dengan Selamat

Setelah beberapa insiden yang melibatkan kegiatan buli tular dan tersebar di sosial media, kini pelbagai pihak boleh menarik nafas lega setelah satu lakaran sejarah baharu tercipta di mana Kiosk Anti-Buli pertama diperkenalkan di Malaysia.

StudentQR, penyedia teknologi pendidikan tempatan di bawah Jaxer Digital Sdn. Bhd telah memperkenalkan sistem ini di Sekolah Agama Menengah Bestari Jalan, Subang Jaya, Selangor.

Melalui kiosk ini, pelajar boleh membuat laporan berkaitan insiden buli pada bila-bila masa melalui sistem berasaskan imbasan QR dan pengecaman wajah.

Laporan yang dihantar akan diterima secara masa sebenar (real-time) olehpihak guru dan pentadbir sekolah, seterusnya membolehkan tindakan susulan dilakukan dengan cepat dan berkesan. Ibu bapa turut menerima notifikasi laporan yang sama bagi memastikan ketelusan dan penglibatan bersama dalam menangani isu disiplin. Malah, ia turut didatangkan dengan fungsi kehadiran harian pelajar, kehadiran guru dan sahsiah.

image is not available

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif StudentQR, Syed Huzaifah Syed Omar, inisiatif ini adalah sebahagian komitmen syarikat untuk membentuk persekitaran yang lebih selamat dan beretika melalui penggunaan teknologi digital.

“Masalah buli di sekolah bukan isu baharu, tetapi cara menanganinya perlu sejajar dengan peredaran masa. Dengan Sistem Anti-Buli, pelajar tidak lagi takut untuk bersuara kerana salurannya lebih mudah, pantas dan selamat. Kami mahu setiap sekolah menjadi tempat yang aman untuk belajar dan berkembang,” ujar beliau.

Apa yang lebih istimewa, inisiatif ini boleh digunakan secara percuma di semua sekolah kerajaan di Malaysia, dan dapat beri peluang kepada lebih ramai pelajar dan guru untuk menikmati manfaatnya.

image is not available

Untuk pihak sekolah yang berminat untuk melaksanakan sistem ini, mereka boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi www.studentqr.com atau hubungi pasukan StudentQR bagi sesi demonstrasi dan pendaftaran awal.

 

The post Tak Perlu Takut, Pelajar Boleh ‘Report’ Insiden Buli Guna Kiosk Anti-Buli Dengan Selamat appeared first on Siakap Keli.