‘Tak perlu tunggu 5,000, 1,000 pun kita hantar balik’

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 4:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tak perlu tunggu 5,000, 1,000 pun kita hantar balik’

SEREMBAN – Malaysia akan memastikan keselamatan pelarian Myanmar terjamin sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang berunding dengan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur bagi melaksanakan penghantaran pulang secara berperingkat.

Menurutnya, lebih 1,000 daripada kira-kira 5,000 pelarian Myanmar yang dikenal pasti sudah ditentukan status dan berpotensi untuk dihantar pulang.

“Saya telah minta Ketua Setiausaha untuk berhubung dengan Kerajaan Myanmar melalui kedutaan mereka supaya membawa mereka ini beransur-ansur.

“Tak payah tunggu sampai 5,000 orang kita nak kenal pasti. Dah kenal pasti 1,000 lebih ini, boleh hantar balik,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Taman Pinggiran Senawang di Seremban hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tak perlu tunggu 5,000, 1,000 pun kita hantar balik’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved