Hantar pelarian Myanmar pulang? Malaysia utamakan keselamatan, tak mahu dilihat tiada perikemanusiaan

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 8:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan akan memastikan proses penghantaran pulang pelarian Myanmar yang berada di Malaysia dilaksanakan secara cermat, tersusun serta mengutamakan jaminan keselamatan mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata aspek keselamatan perlu menjadi keutamaan bagi memastikan Malaysia tidak dilihat sebagai negara yang tidak berperikemanusiaan sekiranya pelarian terbabit berdepan ancaman selepas dihantar pulang.

“Kita sudah kenal pasti lebih 1,000 (pelarian Myanmar) dan mereka menyatakan kesediaan untuk membawa pulang jadi jika bilangan seramai itu atau lebih, proses penghantaran sudah boleh dilakukan walaupun secara berperingkat.
“Namun jaminan keselamatan mereka harus menjadi keutamaan kerana kita tidak mahu Malaysia dilihat tidak berperikemanusiaan sekiranya keselamatan mereka terancam apabila dihantar pulang,” katanya, hari ini.

Image from: Hantar pelarian Myanmar pulang? Malaysia utamakan keselamatan, tak mahu dilihat tiada perikemanusiaan

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Myanmar bersedia membawa pulang 5,000 pelarian negara itu yang berada di Malaysia menggunakan kapal.

Mohamad berkata, kaedah berkenaan dilihat paling praktikal dan perkara itu turut dimaklumkan ketika pertemuannya bersama Menteri Luar Myanmar, Tun Maung Swe, baru-baru ini.

“Kita pernah buat kaedah ini beberapa kali dengan Indonesia. Kerajaan Indonesia menggunakan kapal untuk mengangkut pendatang asing tanpa izin (PATI) balik ke negara asal mereka,” katanya lagi.

Image from: Hantar pelarian Myanmar pulang? Malaysia utamakan keselamatan, tak mahu dilihat tiada perikemanusiaan

Mengulas dakwaan terdapat pelarian yang enggan pulang kerana bimbang terhadap keselamatan, Mohamad berkata perkara itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) perlu menilai keadaan mereka bagi menentukan sama ada keselamatan mereka benar-benar terancam sekiranya dihantar pulang.

“Saya pun ada bercadang untuk berunding dengan kerajaan Myanmar supaya wujudkan satu kawasan khas yang boleh menempatkan mereka apabila dihantar balik.
“Kita melihat adalah lebih selamat jika dapat diwujudkan kawasan khas di Myanmar untuk menempatkan mereka yang dihantar pulang.
“Kita nak supaya ada jaminan keselamatan terhadap mereka yang dihantar pulang ini,”ujar beliau.

Sumber: Harian Metro (Mohd Amin Jalil)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved