Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

2 Sep 2026 • 6:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila bekerja dalam dunia makanan & minuman (F&B), ada ketika memerlukan seseorang itu terpaksa bekerja seorang diri tanpa rakan kerja lain khususnya ketika waktu puncak.

Kebiasaannya, ada segelintir pelanggan tidak memahami situasi tersebut malah siap memarahi pekerja premis dek kerana pesanan mereka yang lambat disiapkan.

Pelanggan Pernah Kerja Di Syarikat Sama Tampil Hulur Bantuan, Bantu Pekerja Siapkan Pesanan Pelanggan

Namun berbeza pula dengan seorang pelanggan ini apabila dia sendiri memilih untuk membantu seorang pekerja kedai kopi yang keseorangan dalam menyiapkan pesanan pelanggan.

Perkara itu dikongsikan oleh rakan gadis terbabit yang dikenali sebagai Elisya dalam satu hantaran di Threads @qtiemeirs.

Jelas Elisya, rakannya yang dikenali sebagai Amniya itu pernah bekerja sebagai barista di syarikat sama menyebabkan dia dengan rela hati menolong pekerja kafe terbabit.

“Cara kawan saya tolong kakak ni kerana dia bekerja seorang diri. Dah la tengah ada sambutan merdeka dan orang ramai datang serbu kafe ni.

“Kawan saya pernah kerja memang pernah kerja di bawah syarikat sama cuma tak sama cawangan je,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Elisya turut berkongsi video Amniya memasuki bahagian penyediaan minuman tersebut.

View on Threads

Pelanggan Bukan Sekadar Buat Air, Tapi Turut Tolong Ambil Order

Kongsi Elisya kepada BuzzKini, rakannya itu bukan sekadar menolong membuat air malah turut mengambil pesanan daripada pelanggan.

Apa yang menjadi perhatian, Amniya membantu menyelesaikan kesemua pesanan tersebut sehingga suasana kafe kembali reda.

Menerusi ruangan balasan hantaran berkenaan, seorang pengguna yang dipercayai merupakan Amniya menjelaskan dia bertindak demikian kerana tidak sampai hati melihat pekerja kafe terbabit keseorangan menyiapkan pesanan pelanggan yang banyak.

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

Pekerja Kafe Zahirkan Ucapan Terima Kasih, Pilih Hadapi Berhadapan Risiko Sendiri

Dalam hantaran sama, seorang individu yang dipercayai pekerja kafe berkenaan menzahirkan ucapan terima kasih kepada gadis terbabit atas tindakannya yang menghulurkan bantuan.

Malah, dia turut meminta pengguna media sosial lain agar tidak menyalahkan pengurusan serta ibu pejabat kerana dia adalah pengurus yang membuat jadual premis berkenaan.

“Hi semua. Saya staf yang dibantu oleh gadis manis berkenaan. Please jangan salahkan atau memberi kecaman kepada HQ kerana saya pengurus dan saya yang buat jadual.

“Saya yang willing (sanggup) ambil risiko jika jadi trafik begini jika dibandingkan biar staf saya yang hadap, tapi syukur alhamdulillah, pelanggan saya hari ni semua sangat-sangat baik.

“Kepada adik manis, terima kasih banyak-banyak sebab tolong akak. Semoga semua urusan awak dipermudahkan dan semoga dean list setiap sem, aamin,” tulisnya.

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

Ramai Puji Tindakan Gadis Bantu Pekerja Kafe Siapkan Makanan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 930,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji perbuatan baik gadis berkenaan yang menggunakan pengalamannya dalam menghulurkan bantuan kepada pekerja kafe tersebut.

Malah, ada pengguna turut berkongsi pengalaman sendiri menghulurkan bantuan kepada pekerja restoran yang memerlukan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“So Happy Seeing This, Mohon Maaf Ada Kekurangan Dari Pihak Kami. Semangat Barista Tu Terserlah Ya Cara Dia Bergegas Ke Dalam Kaunter Top”

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Kalau Pernah Kerja Dengan Syarikat Sama, Boleh Tolong. Sebab Dah Tahu resipi & SOP Bagai. Tahniah Kepada Rakan Awak & Terima Kasih Kerana Membantu”

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Teringat Event Cupsleeve BTS Dekat Perlis. Saya Tolong Berdiri Tepi Pick Up Kaunter Panggil Nombor Pesanan Sebab Ramai Sangat Staf Tak Sempat”

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Kita Ni Kalau Tahu Buat & Pernah Kerja Dekat Company Sama, Memang Rasa Nak Tolong Je Bila Customer Tengah Ramai Macam Tu”

Image from: Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Kafe Keseorangan, Gadis Bantu Siapkan Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Baik Hati, Tawar Bantuan Bawa Kereta Selepas Pemandu E-Hailing Mengantuk [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Cakap Ambil Je Makanan Tu” – Dapat Order Tingkat 34 Tapi Lif Rosak, Rider Terharu Dapat Pelanggan Baik Hati

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved