
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi lumrah setiap manusia pasti ingin dilayan secara sama rata dan mesra oleh semua orang.
Tidak kisahlah sama ada seseorang itu adalah golongan istimewa seperti Orang Kurang Upaya (OKU) atau sebagainya, setiap layanan mesra itu pasti akan dibalas dengan layanan yang lebih baik.
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa isyarat pula pasti akan lebih mudah berkomunikasi dengan individu OKU pekak dan bisu.
Lelaki ramah tegur pakcik OKU di stesen minyak
Baru-baru ini, seorang rider lelaki turut dilihat melakukan perkara sama apabila dia ramah menegur seorang pekerja lelaki yang digelar Pakcik di sebuah stesen minyak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @mata.anja.sepet di TikTok, awalnya dia telah berkunjung ke sebuah stesen untuk mengisi minyak motornya.
Sewaktu sedang mengisi minyak tersebut, dia kemudian telah menegur seorang pakcik dengan cara memberi salam menggunakan bahasa isyarat yang ketika itu berada di pam lain.
Salamnya itu dibalas oleh pakcik yang lengkap berpakaian seragam stesen minyak itu.
Tidak lama kemudian kelihatan pakcik tersebut datang mendekatinya dan mereka lalu berbual antara satu sama lain.
Pakci terkejut apabila melihat lelaki tersebut boleh berbahasa isyarat dengan baik
Menurut lelaki tersebut, pakcik berkenaan terkejut apabila mengetahui dia boleh berbahasa isyarat.
Ini kerana pakcik tersebut merupakan seorang OKU bisu.
“Kita pun borak-borak bab kerja dan keluarga. Aku tahu bahasa isyarat ni pun sebab dulu tempat kerja lama ada OKU bisu jadi dia orang lah ajar aku,” jelas lelaki itu.
Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana menguasai kemahiran bahasa isyarat kerana dapat membantu di klinik kesihatan sekiranya terdapat pesakit yang OKU bisu.
Namun disebabkan dia telah berpindah untuk bekerja di dalam pejabat maka dia kini kurang dapat menyantuni golongan istimewa ini.
“Harap bahasa isyarat ni lah boleh lah kerajaan bawa masuk dalam aliran sekolah, asas pun tak apa dah. Untuk pendekatan, pentingnya bahasa isyarat.
“Sebelum balik sempat lagi melawak ya, salute Petron Jalan Dato Keramat ambil pakcik sebagai pekerja.”
Sebelum beredar dari kawasan stesen minyak itu, kelihatan lelaki tersebut meminta pakcik berkenaan melambai ke arah kamera yang diletakkan pada motosikalnya.
Aku normal ✅ OKU pekak bisu ❌ bertapa pentingnya bahasa isyarat ini, Tq @petron_malaysia ambil pakcik sebagai pekerja #selute dan Tq juga kepada @angelsuren5 ajar saya bahasa isyarat ketika bekerja bersama dahulu 🫰🫰#fypシ゚ #okupekakbisu #fyp #fypシ #fypviralシ #fyp2025 #viraltiktok #viralvideo #viral #viralreelschallenge #followers➕ #followers #shoeimalaysia #insta360x2 #highlight #2025 #mforce #1m
Ramai puji lelaki ramah tegur pakcik OKU
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap rider tersebut kerana begitu mesra dengan pakcik yang istimewa itu.
Malah stesen minyak Petron berkenaan turut mengucapkan terima kasih atas keramahan yang ditunjukkan kepada pekerjanya.
Terdapat juga seorang wanita yang dipercayai anak kepada pakcik berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut dan mendoakan segala kebaikan diberikan kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan lelaki tersebut menyentuh hati orang ramai kerana melayani setiap individu secara sama rata.
“Terima kasih bang, kerana berbudi dengan ayah saya. Semoga segala kebaikan berbalik pada abang”

“Terbaik bang. Ini yang menyentuh hati, semoga lagi ramai menyantuni dia orang supaya dia orang rasa tak dipinggirkan”

“Tak rugi belajar kan. Bagus bang, ajar saya”

“Teringin juga nak belajar bahasa isyarat ni. Kadang-kadang pelanggan saya dekat tempat kerja ada yang bisu”


![“Overthinking Jadi Realiti” – 2 Tong Gas Jatuh Dari Lori Buat Ramai Bimbang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![Tular Jokowi Tadah Tangan Ketika Majlis Pengebumian Pope Francis, Ini Respon PU Syed [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![“Gigihnya Semua” – Ramai Serbu Open House Aiwahhh Raya 2.0 Raih Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)