
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat individu yang berniaga, masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam memasar atau melariskan produk jualan mereka.
Kebiasaannya, kebanyakan peniaga lebih senang memilih untuk mengiklankan produk di media sosial atau mengupah orang seperti influencer untuk melariskan jualan.
Malah, ada yang terlebih kreatif melakukan inovasi dengan mencipta kelainan bagi memastikan produk jualan mereka menarik perhatian pelanggan.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum [Video]
Peniaga Letak Ayat Puitis Pada Balang Air
Samalah seperti seorang peniaga air balang di Kampung Padang Tola, Pasir Mas, Kelantan ini yang berjaya mencuri perhatian ramai dek kerana cara kreatifnya dalam menjual air balang.
Menerusi video carousel yang dikongsikan di TikTok @airbalangcabe, kelihatan balang air milik peniaga berkenaan dilekatkan dengan kertas yang penuh kata-kata puitis seperti seorang yang baru lepas putus cinta.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat balang air peniaga berkenaan yang dipenuhi dengan air keladi, jagung, soda lemon, coconut shake dan strawberry dipenuhi dengan ayat puitis.
“Di saat aku mula percaya tentang cinta, saat itu juga kau ajarkan aku erti cinta.
“Sebelum sedia untuk sebuah perkenalan, kita perlu sedia untuk sebuah kehilangan.
“Terkadang, yang indah cuma mimpi, bukan realiti.
“Jangan hadir kalau hanya menyakiti tetapi datanglah kalau boleh sehidup semati,” tulis peniaga berkenaan pada balang air jualannya.



Tonton carousel penuh [DI SINI]
Air Dijual Dengan Harga RM4, Pelanggan Ada Yang Terhibur
Menariknya, air yang dijual oleh peniaga tersebut hanyalah bernilai RM4.
Malah menerusi video berasingan, dapat dilihat kebanyakan pelanggan tersenyum dan terhibur sebaik melihat dan membaca kata-kata puitis yang diletakkan pada balang air berkenaan.
Alhamdulilah Untuk Hari Ini🤲🏻🙏🏻Terima kasih Kak Sudi Singgah🫰🏻 📍Cabe3(PadangTola,PasirMas) #AirBalangCabe3 #KIUKIUKIU #AirBalangPercintaan #fyp
Ramai Terhibur, Ada Yang Siap Bagi Kata-Kata Puitis
Perkongsian yang mendapat lebih 1.6 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur selepas membaca ayat puitis berkenaan.
Malah, ada yang berseloroh keliru sama ada mahu melihat air atau memfokuskan kepada ayat terebut.
Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial turut meninggalkan komen puitis buat si peniaga.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Saya Nak Beli Air Je Bang Tapi Kenapa Buat Sedih”

“Sekarang Saya Tengah Fikir Nak Beli Air Ke Atau Nak Baca Quotes”

“Minum Coconut Shake Boleh Hilangkan Dahaga Berbanding Terima Ex Yang Akan Kembali Kecewa”

“Kalau Minum Air Balang Ni, Bertambah Kecewa Ke Macam Mana”

“Risau Nak Beli, Kitanya Jiwa Galau, Karang Tak Beli Duk Nangis Baca Kata-Kata Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Air Balang ‘Abang Hensem’ Terima Anugerah Gerai Terbersih Di Kelantan
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Air Balang Guna Evian Undang Perhatian Ramai
Source:

![“Ni Bukan Rumah Kebajikan” – Sewa PPR Tertunggak Hingga RM34,000 Jadi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/property.jpeg)
![Kepala Kereta Api? Objek Misteri Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun Timbul Di Sungai Perak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)

![Hiasan Ramadan & Raya Di Sunway Putra Mall Raih Pujian, Siap Ada Replika Kuih-Muih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)