“Takde kata maaf langsung” – 10 Minit Sebelum Majlis, MUA Berbelas Ribu ‘Followers’ Tak Muncul

Entertainment
18 Nov 2024 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari persandingan mahupun pertunangan merupakan hari bahagia untuk setiap wanita, persediaan rapi sudah pastinya dilakukan sebelum majlis tersebut.

Pun begitu, baru-baru ini, hari bahagia seorang wanita di TikTok bertukar sedih apabila jurusolek atau makeup artist (MUA) tidak hadir seperti yang ditetapkan.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Bella sebelum ini telah membuat satu hantaran dipercayai bagi pihak kakaknya, memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayar kepada jurusolek tersebut.

@bellanawhen

Replying to @syazwanirahim.sr pelik² eh org mcm ni suka hati ja takmai. igt majlis main² kot #muascam

♬ original sound – Fadhilah Intan – Fadhilah Intan

Difahamkan, majlis pertunangan itu sepatutnya bermula kira-kira jam 2.30 petang dan masa yang ditetapkan untuk bersiap dengan MUA itu adalah pada pukul 1.20 petang.

Ketika keluarga itu sedang menunggu ketibaan MUA, tiba-tiba jurusolek itu berkata dia hanya boleh tiba di rumah pelangganya itu pada jam 2 petang kerana kesesakkan lalu lintas, namun sehingga jam 3 petang masih belum tiba.

“Tak ada kata-kata maaf langsung. Katanya dah lambat, (nanti) solek tak cantik sebab kalut. Jangan tertipu walaupun tengok akaun TikTok dah berbelas ribu pengikut. Kalau scammer, tetaplah scammer,” luahnya.

Dalam video tersebut, wanita itu berkongsi, MUA itu tidak mengeluarkan sebarang kata maaf sebaliknya hanya meminta nombor akaun pelanggannya itu untuk bayaran balik (refund).

Aduhai, kenapalah tergamak buat orang macam ni?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.