Takiyuddin diberi tempoh hingga esok tarik balik perkataan 'munafik' - Johari

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Takiyuddin diberi tempoh hingga esok tarik balik perkataan 'munafik' - Johari
Johari Foto: Fail/Bernama

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.

Johari berkata, ketetapan itu berkuat kuasa sehingga esok.

Katanya, beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua.

"Setelah saya membaca hansard, dan inilah keputusan saya. Walaupun kedua-dua (RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Takiyuddin) tiada dalam dewan hari ini, saya minta Kota Bharu tarik balik perkataan yang diungkapkan, saya beri tarikh hingga esok," katanya.

Beliau berkata, Rayer boleh meneruskan usul sekiranya Takiyuddin gagal mematuhi arahan tersebut.

Ketetapan itu dibuat susulan perdebatan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semasa membahaskan Belanjawan 2027 selepas Rayer bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan susulan kenyataan Takiyuddin yang menggunakan perkataan "munafik" atau hipokrit ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang Isnin lepas, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya berhati-hati dalam penggunaan perkataan ketika berbahas bagi mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan kelancaran persidangan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved