Speaker arah Takiyuddin tarik perkataan ‘munafik’

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 2:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Speaker arah Takiyuddin tarik perkataan ‘munafik’

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan ‘munafik’ yang diucapkannya sebelum ini.

Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat, sebelum menetapkan Takiyuddin perlu menarik balik kenyataan berkenaan sama ada di dalam Dewan Rakyat atau menerusi surat bertulis.

“Saya telah membaca Hansard dan ini adalah keputusan saya. Saya minta Kota Bharu menarik balik perkataan yang diucapkannya itu esok,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata, RSN Rayer (PH-Jelutong) boleh meneruskan cadangan mengemukakan usul sekiranya Takiyuddin gagal mematuhi arahan berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan pertengkaran antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selepas Rayer membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung penggunaan istilah munafik oleh Takiyuddin ketika membahaskan Belanjawan 2027.

Dalam perbahasannya, Takiyuddin memetik hadis mengenai ciri-ciri orang munafik dan merujuk kepada istilah ‘waad’ yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini. –UTUSAN

The post Speaker arah Takiyuddin tarik perkataan ‘munafik’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved