Tamagotchi Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Cincin

TechnologyLifestyle
1 Sep 2026 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum Beanie Babies dan Labubu, dunia diserang oleh fenomena Tamagotchi. Peranti kecil sebesar buah kunci ini menjadi kegilaan ramai lewat 90an dengan pelbagai pemilik boleh membela haiwan pelharaan maya sebelum Pokemon menjadi kegilaan global.

Image from: Tamagotchi Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Cincin

Tamagotchi kembali popular beberapa tahun lalu selepas Bandai menawarkannya semula. Kini Bandai menawarkan pula Tamagotchi dalam bentuk cincin kecil. Seperti Tamagotchi asal, pemilik Tamagotchi Ring boleh membela 30 jenis haiwan peliharaan maya. Ia perlu dihiburkan, dimanjakan, diberikan makanan serta tinja dibersihkan secara berkala.

Image from: Tamagotchi Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Cincin

Setiap cincin hadir dengan skrin 0.56″ LCD berwarna 0.56 dengan ia bersaiz 28 mm tinggi dan 23 mm lebar. Ia diperbuat daripada bahan plastik dengan pilihan warna merah jambu/putih mutiara, biru/emas, dan hitam/perak. Seperti cincin pintar, Tamagotchi Ring dicas semula menggunakan sebuah bekas khas.

Pratempahan telah dibuka di Jepun sehingga 6 Oktober. Setiap cincin dijual pada harga Harga: 7,700 yen (~RM 195). Pada waktu ini tiada maklumat sama ada Tamagotchi Ring akan dijual di luar Jepun.

Sumber – Bandai

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved