Sebelum ini, rumah tangga pelakon Risteena Munim dan suaminya, Isa Khan pernah menjadi perhatian selepas timbul khabar angin mendakwa hubungan mereka sedang berdepan masalah.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai dakwaan tersebut.
AdvertisementTerbaharu, Risteena mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas berkongsi impiannya untuk menimang cahaya mata sendiri.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di media sosial, Risteena berkata buat masa ini dia hanya meminjam anak orang dan berharap dapat memiliki zuriat sendiri pada masa akan datang.
“Sekarang pinjam anak orang saja, tak sabar nak ada anak sendiri nanti.”
Dalam hantaran sama, Risteena turut meminta orang ramai mendoakan agar impiannya itu menjadi kenyataan.
“Tahun depanlah okey. Tahun ini sibuk sikit, kalian tolong doakan.”
Menerusi beberapa perkongsian lain di Instagram, Risteena turut memuat naik foto ketika mendukung bayi selain menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambaran wajah anak yang mungkin dimilikinya kelak.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya mengenai kehidupan peribadinya, terutama selepas sebelum ini timbul spekulasi mengenai rumah tangganya bersama Isa.
Malah, ada yang menganggap Risteena dan Isa masih menjalani kehidupan seperti biasa, cuma pasangan itu mungkin belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Dalam pada itu, usaha mendapatkan zuriat juga kini mempunyai pelbagai pilihan dari sudut perubatan, termasuk rawatan kesuburan seperti In-Vitro Fertilisation (IVF) bagi pasangan yang memerlukannya.
Apa yang pasti, doa yang baik-baik sahaja buat Risteena dan Isa semoga impian mereka untuk menimang cahaya mata sendiri dipermudahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Di HKL Akibat Paru-Paru Berair
The post Risteena Munim Kongsi Impian Timang Anak Sendiri, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






