Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri ditutup

20 Oct 2022 • 2:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sumber gambar daripada siaran Facebook Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada Khamis

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia memaklumkan beberapa Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di bawah seliaannya akan ditutup.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berkata, penutupan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada para pengunjung.

“Berikutan daripada musim tengkujuh, terdapat beberapa Jabatan Perhutanan Negeri yang memaklumkan penutupan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di bawah seliaannya.

“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dibuat melalui Jabatan Perhutanan Negeri berkenaan sepertimana pautan: https://www.forestry.gov.my/.../jabatan-perhutanan-negeri

“Anda semua diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti kegemaran anda di Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa risiko banjir besar pada hujung bulan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved