Taman Negara Terengganu habibat baharu, Yong Choh

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 1:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Taman Negara Terengganu habibat baharu, Yong Choh

HULU TERENGGANU – Harimau Malaya betina dikenali sebagai Yong Choh yang sebelum ini ditangkap akibat konflik dengan manusia di Kampung Choh, Sungai Siput, Perak pada 22 Julai lalu telah dipindahkan ke habitat semula jadi di Taman Negara Terengganu, berhampiran Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pelepasan harimau belang berusia kira-kira tujuh tahun itu merupakan langkah penting dalam usaha memulihkan populasi spesies berkenaan.

“Sebelum ini, Yong Choh telah menjalani proses rawatan dan rehabilitasi di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak termasuk pemeriksaan veterinar, persampelan darah serta saringan penyakit,” katanya selepas merasmikan Tongkang Pemindahan Hidupan Liar di Taman Negara Terengganu, di sini hari ini.

Arthur berkata, Yong Choh dikembalikan ke habitat semula jadi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) setelah didapati haiwan itu dalam keadaan sihat. – KOSMO! ONLINE

The post Taman Negara Terengganu habibat baharu, Yong Choh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved