Tamat perjanjian kerjasama dengan Zetrix tidak jejas pelaksanaan projek NIISe, jelas HeiTech Padu

LocalTechnology
29 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tamat perjanjian kerjasama dengan Zetrix tidak jejas pelaksanaan projek NIISe, jelas HeiTech Padu Image from: Tamat perjanjian kerjasama dengan Zetrix tidak jejas pelaksanaan projek NIISe, jelas HeiTech Padu hamden29/10/2026 - 17:46 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Okt - HeiTech Padu Bhd menjelaskan dengan berakhirnya Perjanjian Kerjasama dengan Zetrix AI Bhd tidak memberikan sebarang kesan material terhadap pelaksanaan dan penyampaian projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat teknologi maklumat itu berkata Perjanjian Kerjasama yang dimeterai dengan Zetrix, dahulunya dikenali sebagai MY E.G. Services Bhd, merupakan kerjasama sementara bagi meneroka peluang berpotensi dalam penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia.

 

Jelas kumpulan itu, perjanjian yang diumumkan pada 16 April 2024 itu telah luput, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak melanjutkannya.

 

"Sehubungan itu, HeiTech Padu mengesahkan tiada lagi kerjasama berterusan dengan Zetrix bagi projek NIISe berdasarkan Perjanjian Kerjasama berkenaan," katanya dalam kenyataan berkenaan.

 

Penjelasan itu dibuat susulan asiaran berita bertajuk “HeiTech Padu: Collaboration with Zetrix AI for NIISe project lapsed” oleh akhbar tempatan.

 

Mengenai Perjanjian Tambahan yang diumumkan pada 4 Ogos 2025, HeiTech Padu berkata perjanjian itu bertujuan merekodkan persefahaman kedua-dua pihak berhubung tanggungjawab dan peranan masing-masing di bawah Perjanjian Kerjasama.

 

Syarikat turut menjelaskan bahawa setakat tarikh pengumuman terbaharu itu, tiada projek yang sedang dilaksanakan oleh HeiTech Padu yang memerlukan kerjasama dengan Zetrix berdasarkan Perjanjian Tambahan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved