Tamatkan penantian 12 tahun: Anwar ucap tahniah buat Pearly-Thinaah

29 Sep 2026 • 7:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tamatkan penantian 12 tahun: Anwar ucap tahniah buat Pearly-Thinaah
Anwar mengucapkan tahniah kepada beregu wanita utama negara Pearly- Thinaah atas kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah atas kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara beregu wanita pada temasya itu.

"Syabas atas semangat perjuangan yang ditampilkan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin buat Pearly, Thinaah dan atlet lain untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa," kata beliau.

Terdahulu, gandingan yang berada pada kedudukan kelima dunia itu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas memberikan tentangan sengit sebelum akur kepada pilihan utama dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada aksi separuh akhir.

Dalam pertarungan selama 85 minit di Gimnasium Perbandaran Bandar Raya Ichinomiya itu, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga sebelum tumpas 21-16, 20-22, 12-21 kepada gandingan nombor satu dunia berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved