Tambang penerbangan meningkat boleh jejas pelancongan Semporna

12 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tambang penerbangan meningkat boleh jejas pelancongan Semporna

SEMPORNA: Kenaikan tambang penerbangan akibat kos operasi yang tinggi boleh menjejaskan sektor pelancongan di Semporna kata Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata tambang penerbangan yang lebih tinggi boleh menyebabkan pelancong mempertimbangkan destinasi lain.

“Peningkatan harga bahan api penerbangan dipengaruhi faktor antarabangsa yang berada di luar kawalan pihak berkuasa tempatan.

“Beberapa komponen kos operasi syarikat penerbangan boleh dikaji semula bagi membantu mengurangkan beban syarikat penerbangan dan membendung kenaikan tambang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis pembukaan sebuah restoran francais baru-baru ini.

Menurut Shafie syarikat penerbangan perlu menanggung kos penyelenggaraan pesawat, gaji juruterbang serta komitmen pinjaman yang besar sebagai sebahagian daripada perbelanjaan operasi mereka.

Jelasnya perhatian lebih perlu diberikan terhadap kos berkenaan bagi memastikan syarikat penerbangan mampu mengekalkan perkhidmatan dan kesalinghubungan udara.

“Sekiranya tiada sokongan, syarikat penerbangan mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi yang akhirnya akan menjejaskan sektor pelancongan.

“Oleh itu kita perlu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dan kekerapan penerbangan supaya kos operasi yang lebih tinggi dapat diseimbangkan,” katanya.

Shafie turut menggesa kerajaan memperkukuh produk dan kemudahan pelancongan di Sabah bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Beliau berkata Sabah mempunyai pelbagai tarikan termasuk pulau, kawasan pergunungan, makanan serta destinasi seperti Sepilok dan Sandakan yang boleh terus dipromosikan.

Tambahnya peningkatan jumlah pelancong perlu seiring dengan pertambahan kekerapan penerbangan bagi memastikan sektor pelancongan Sabah terus berkembang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved