Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

24 Aug 2024 • 5:06 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Meskipun arus air tidak deras dan paras air tidak begitu tinggi namun gas beracun yang berada dalam pembetung membahayakan pasukan mencari dan menyelamat.


Elak kecelakaan berlaku




“Sebab bawah itu penuh dengan gas beracun. Anggota yang masuk pun pakai sut lengkap supaya tiada gas beracun dihidu anggota bertugas,” katanya.






Orang awan dinasihatkan tidak mengunjungi kawasan kejadian

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman menasihatkan orang awam supaya tidak mengunjungi kawasan berkenaan buat seketika.

“Kita minta kerjasama daripada orang awam untuk berikan ruang kepada pihak berkuasa jalankan operasi pencarian.

“Kita juga ingin beri nasihat kepada peniaga untuk menutup perniagaan sementara.

“Kita hendak elakkan gas yang berada di ‘manhole’ ini kerana kita bimbang ia akan beri kesan tidak baik kepada kesihatan mereka,” ujarnya.


Insiden pada 8.20 pagi semalam menyaksikan seorang warga wanita India, Jayaletchumy, 48, tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter ketika berjalan bersama keluarganya di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Sumber: Astro Awani