Tanah Runtuh Batang Kali: Jambangan Bunga Hiasi Depan SJK (C) Mun Choong Sebagai Tanda Peringatan

18 Dec 2022 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga kini, masih ada beberapa orang mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali yang masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat juga sedang giat dijalankan.

Di depan kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kuala Lumpur pula telah dihiasi dengan jambangan bunga yang diletakkan oleh orang ramai yang turut bersimpati dengan mangsa-mangsa tragedi tersebut.

Menurut laporan BERNAMA menerusi Twitter, jambangan bunga tersebut telah diletakkan oleh orang ramai sebagai tanda memperingati mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm beberapa hari lepas.

Ini kerana insiden terbabit turut melibatkan 20 orang guru sekolah tersebut beserta keluarga mereka.

Rata-rata warganet juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa yang terlibat akan tetap tabah dalam menghadapi masa-masa sukar ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.