Tanah Runtuh Batang Kali: Wanita Sebak, Hilang Anak, Menantu & Dua Cucu Serentak

18 Dec 2022 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm di Batang Kali, pada awal pagi 16 Disember lalu. Sehingga ke hari ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan untuk mencari mangsa.

Ibu kepada mangsa tragedi tanah runtuh, Beh Su Lee, 59, tidak dapat menahan sebak ketika hadir membuat pengecaman di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

image is not available

Su Lee kehilangan empat anggota keluarga termasuk anak perempuan berusia 35 tahun, menantu berumur 34 tahun dan dua cucu masing-masing berusia 6 tahun dan setahun. Jelas wanita ini, tiga ahli keluarganya sudah dikenal pasti sejak semalam, manakala seorang lagi pada hari ini.

“Saya kehilangan empat keluarga. Anak perempuan, menantu lelaki dan dua cucu. Semalam dah berjaya kenal pasti tiga orang dan seorang lagi sebentar tadi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Keempat-empat mayat itu dituntut Su Lee dan ahli keluarga yang lain, sebelum dibawa keluar menggunakan dua kenderaan Pusat Peringatan Nirvana. Jelas wajah wanita ini sedih dengan pemergian ahli keluarganya dalam sekelip mata.

Untuk rekod, setakat jam 1.25 tengah hari tadi, enam daripada 21 mayat sudah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan. Manakala, baki tiga lagi mayat masih berada di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.