Tanah Runtuh: Lorong Kiri Berhampiran Terowong Menora Ditutup

12 Sep 2026 • 1:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tanah Runtuh: Lorong Kiri Berhampiran Terowong Menora Ditutup

IPOH - Lorong kiri Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kilometer (KM) 263.6 berhampiran Terowong Menora ditutup sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata penutupan berkenaan dilaksanakan hari ini, manakala langkah kontra aliran (contraflow) masih belum diaktifkan.

Katanya, kon keselamatan turut dipasang sepanjang kira-kira satu kilometer, iaitu dari KM262.8 hingga KM263.8 bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan vista point akan dihalakan ke lokasi kejadian bagi membolehkan pemantauan berterusan terhadap kawasan tanah runtuh serta pergerakan trafik di laluan berkenaan.

“Polis bersama PLUS Malaysia Bhd dan agensi berkaitan akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Alwi berkata, orang ramai yang melalui kawasan terbabit dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, mematuhi arahan petugas serta papan tanda keselamatan dan memperlahankan kenderaan ketika melalui lokasi terjejas.

Semalam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kejadian tanah runtuh di KM263.6, di laluan arah selatan antara Terowong Menora dan Ipoh, menyebabkan kesesakan trafik sepanjang kira-kira 15 kilometer.

Keadaan trafik turut terjejas akibat kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanah di lokasi kejadian. - Getaran, 12 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved