Tang Jie-Ee Wei terkandas di Terbuka Perancis

7 Mar 2024 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie-Ee Wei terkandas di Terbuka Perancis selepas tewas kepada pasangan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 18-21, 14-21. Foto fail Bernama

PERJUANGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Terbuka Perancis 2024 terhenti selepas tewas kepada pasangan keempat dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pada Khamis.

Pasangan kesembilan dunia itu tewas 18-21, 14-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Ini merupakan kekalahan kedua pasangan negara kepada gandingan China itu selepas Jelajah Dunia Akhir 2023 yang menyaksikan mereka tewas 10-21 dan 13-21.

Pasangan China itu akan berdepan sama ada pilihan ketujuh kejohanan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan atau beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han di suku akhir esok.

Dua lagi wakil negara membabitkan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan beraksi pada awal pagi ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved