Tangan Kanan Atlet Angkat Berat Negara Terpaksa Dipotong Selepas Kemalangan Motosikal Di SUKE

18 Nov 2026 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin terpaksa menerima hakikat apabila tangan kanannya tidak dapat diselamatkan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Isnin lalu.

Hafizuddin, 22, dilaporkan selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Selasa, namun doktor terpaksa mengambil keputusan untuk memotong tangan kanannya pada paras atas siku bagi mengelakkan kecederaan tersebut mengancam nyawanya.

Advertisement

Tangan kanan Terpaksa Dipotong 

Perkembangan menyedihkan itu disahkan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat yang memaklumkan bahawa pembedahan atlet berkenaan mengambil masa lebih tujuh jam.

View this post on Instagram

Menurut Ayub, pasukan perubatan pada awalnya berusaha menyelamatkan tangan kanan Hafizuddin, namun keadaan kecederaannya menyebabkan anggota tersebut terpaksa dipotong atas saranan doktor.

“Udin selesai menjalani pembedahan lebih tujuh jam tadi di HKL. Doktor cuba menyelamatkan tangannya, tetapi tangan kanannya terpaksa dipotong paras atas siku yang mungkin mengancam nyawanya.”

Keputusan tersebut dibuat demi menyelamatkan nyawa atlet yang lebih mesra disapa Udin itu selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan berkenaan.

Terlibat Kemalangan Motosikal Di Lebuhraya SUKE

Terdahulu, Hafizuddin dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan dari Ampang menuju ke Bukit Jalil pada malam Isnin, 16 November 2026.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 malam itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius sehingga memerlukan rawatan segera di HKL.

Susulan kemalangan tersebut, Hafizuddin menjalani pembedahan pada Selasa sebelum pihak PABM mengesahkan perkembangan terkini mengenai keadaannya.

Kejayaan Hafizuddin Di Pentas Antarabangsa

Sebagai rekod, Hafizuddin merupakan antara atlet angkat berat negara yang berjaya mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa.

Pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026, beliau meraih pingat emas bagi kategori 88 kilogram (kg) lelaki selepas mencatatkan angkatan keseluruhan 345kg.

Lebih membanggakan, Hafizuddin turut mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara snatch menerusi angkatan 162kg, selain memperbaharui rekod temasya bagi kategori berkenaan.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan beliau antara penyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia pada temasya tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

m2026-11-17 15:19:36

Anak Ismail Lasim Persoal Peletakan Jawatan Bapa, Dakwa Ada 'Kambing Hitam'

 

The post Tangan Kanan Atlet Angkat Berat Negara Terpaksa Dipotong Selepas Kemalangan Motosikal Di SUKE first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved