'Tangan yang ayah pegang sejak kecil, hari ini ayah amanahkan' - Bapa Bella Astillah sebak titip ucapan

LocalEntertainment
10 Oct 2026 • 11:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tangan yang ayah pegang sejak kecil, hari ini ayah amanahkan' - Bapa Bella Astillah sebak titip ucapan
Awang Astillah menitipkan ucapan penuh emosi buat anak perempuan sulungnya selepas sah bergelar isteri kepada Syed Saddiq pada pagi Sabtu.
Image from: 'Tangan yang ayah pegang sejak kecil, hari ini ayah amanahkan' - Bapa Bella Astillah sebak titip ucapan
Bella Astillah sah bergelar isteri kepada Syed Saddiq pada pagi Sabtu.

BAPA kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah menitipkan ucapan penuh emosi buat anak perempuan sulungnya itu selepas sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pagi Sabtu.

Menerusi ucapan tersebut, Awang meluahkan perasaannya apabila tiba masanya untuk melepaskan Bella ke fasa baharu kehidupan bersama lelaki pilihan hatinya.

“Buat anak ayah... hari ini ayah lepaskan tangan kamu kepada lelaki yang Insya-ALLAH akan menemani kamu selamanya. Tangan yang ayah pegang sejak kamu kecil, hari ini ayah amanahkan kepadanya.

“Jadilah seorang isteri yang baik dan hormat kepada suami. Kalau suatu hari kamu hampir jatuh, semoga dialah yang paling dahulu menyambut kamu. Dan walau apa pun yang berlaku, ingatlah kamu tetap anak ayah,” katanya.

**media[3673856]**

Dalam masa sama, Awang turut menitipkan doa agar rumah tangga Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilindungi ALLAH SWT serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Ayah dan mama sentiasa ada menyayangi kakak selagi kami ada di dunia ini. Semoga ALLAH menjaga perkahwinan ini, menjaga hati kamu berdua dan semoga sampai rambut memutih nanti kamu masih memilih orang yang sama.

“Ayah sayang kamu, Bella dan Syed Saddiq,” ujarnya.

Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasanganya, Syed Saddiq dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi Sabtu di Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved