Syed Saddiq 'nervous' ketika akad nikah, syukur dah jadi suami Bella Astillah

10 Oct 2026 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Syed Saddiq 'nervous' ketika akad nikah, syukur dah jadi suami Bella Astillah
Bella Astillah dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi di sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

AKHIRNYA sah bergelar suami isteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui dirinya berasa gementar ketika sesi lafaz akad nikah bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak menyangka dirinya akan begitu gemuruh ketika sesi berkenaan meskipun sebelum ini sudah terbiasa dengan aktiviti debat.

“Bila Ustaz Dr Zul kata sah, saya rasa kegembiraan yang luar biasa dan tiada tandingan.

“Sebelum ini pernah rasa gemuruh. Ingat nak 'over confident'. Debat tiada masalah, Parlimen tiada masalah tetapi tadi gementar juga tangan. Alhamdulillah bila dah sah, sekarang alhamdulillah bergelar suami pada pasangan saya,” katanya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan buat peminat yang banyak memberikan sokongan dan doa buat mereka selama ini.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana. Semua dah selesai. Terima kasih yang banyak menghargai dan mendoakan kami sehingga ke saat ini. Kami sangat hargai. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Bella Astillah dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi di sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved