Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma 

25 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma 

JAKARTA – Penduduk di Serang, wilayah Banten mengundang perhatian orang ramai kerana memenuhi sebuah masjid bagi mendapatkan hadiah berupa beras semasa sambutan Maulidur Rasul, lapor portal Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @anakasuhmalaikatizroil menunjukkan suasana sesak di hadapan sebuah masjid pagi tadi. 

Masyarakat pelbagai peringkat umur dilihat beratur sambil berhimpit, manakala beberapa pengurus masjid cuba menahan pagar masjid daripada dirempuh oleh mereka. 

Tradisi dipanggil Panjang Mulud itu bermaksud orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makanan atau barang lain semasa sambutan Maulidur Rasul. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 69,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Biarpun saya hidup susah, saya tidak mahu berhmpit seperti itu,” kata seorang netizen. 

“Sesak sangat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

The post Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved