Tangki statik Papar diisi semula bantu pengguna terjejas

LocalEnvironment
25 Aug 2026 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tangki statik Papar diisi semula bantu pengguna terjejas

ASET kenderaan termasuk lori dan lori tangki dikerahkan untuk mengisi semula tangki statik di sekitar Papar bagi membantu pengguna air dari Pengalat Besar hingga Kimanis yang terjejas teruk susulan penutupan dua loji rawatan air di daerah itu.

Jurucakap Jabatan Air berkata operasi pengeluaran di Loji Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) dan Loji Jetama, kedua-duanya terletak di kawasan Limbahau dihentikan sejak Khamis akibat tahap kemasinan tinggi air mentah yang memasuki kedua-dua loji berkenaan.

“Air laut telah memasuki Sungai Papar dan tidak dapat dielakkan sampai ke saluran pengambilan utama kedua-dua loji.

LAPAN tangki statik seperti ini disediakan di sekitar Papar termasuk di Kampung Sekayan.“Ini merupakan kesan malang akibat keadaan cuaca kering yang berterusan, selain kemunculan fenomena ‘El Nino Supreme’ di negeri ini,” katanya.

Jurucakap itu berkata Loji Rawatan Air Kogopon dan sebuah lagi Loji Jetama berhampiran kawasan pengambilan air Old Kabang kini berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan lebih 54,000 penduduk di daerah berkenaan.

Menurutnya sepanjang lima hari lalu, jumlah pengeluaran air harian di Papar merosot sebanyak 22.7 peratus.

“Pengeluaran berkurangan sebanyak 15 juta liter sehari (MLD) berikutan peningkatan paras klorida dalam air sungai,” ujarnya.

Beliau berkata pengeluaran sebanyak 43 MLD daripada Loji Kogopon dan lapan MLD daripada Loji Jetama di Kabang hanya mampu memenuhi permintaan pengguna di daerah berkenaan pada tahap minimum.

“Dalam keadaan biasa, sekurang-kurangnya 66 juta liter sehari (MLD) diperlukan untuk memenuhi keperluan bekalan air penduduk di Papar,” tambahnya.

Beliau berkata jabatan itu setakat ini telah mengeluarkan tiga notis bagi memberi amaran awal kepada orang awam mengenai kemungkinan gangguan bekalan air.

Notis pertama dikeluarkan kira-kira jam 4 pagi Khamis lalu manakala notis terbaharu dikeluarkan pada jam 8 malam Sabtu.

“Mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan dari pekan Papar hingga Pengalat Besar dan Pantai Manis, termasuk beberapa kawasan di penghujung Kampung Sekayan, mula merasakan kesannya sejak Jumaat.

SEORANG kakitangan teknikal mengisi semula tangki air untuk Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis berhampiran Pekan Kinarut Lama.“Komuniti luar bandar dan pengusaha kedai di kawasan antara Langkawit hingga Kimanis juga tidak terkecuali,” jelasnya.

Jurucakap itu menasihatkan penduduk yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air supaya mengambil bekalan air terawat daripada mana-mana lapan tangki statik yang disediakan di daerah berkenaan.

Katanya tangki-tangki berkenaan ditempatkan di sekitar atau berhampiran Kampung Anak Kinarut, Dewan Serbaguna Kampung Biau, serta surau di Kampung Sekayan dan Kampung Somboi Kinarut.

“Turut disediakan tangki berhampiran masjid di Kampung Pengalat Besar, Kampung Kuala, Kampung Kelanahan dan Kampung Tengah Kinarut,” katanya.

Beliau berkata beberapa kenderaan digunakan untuk mengisi semula tangki-tangki berkenaan.

Maklumnya ia termasuk sebuah lori tangki milik jabatan yang mampu memuatkan sehingga 10,000 liter air, sebuah lori tangki milik Majlis Daerah serta dua lori tangki persendirian yang masing-masing berkapasiti sehingga 35,000 liter.

“Kami juga berjaya mendapatkan bantuan Ahli Parlimen Papar untuk menggunakan beberapa lori,” tambahnya.

Beliau berkata pemandu lori tangki dan lori berkenaan bekerja keras bagi memastikan tangki-tangki tersebut sentiasa mempunyai bekalan air.

“Mereka juga diminta memberi keutamaan kepada hospital, pusat untuk golongan kurang berkemampuan seperti Pusat Dialisis DaVita di Kampung Berundong serta Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis berhampiran Pekan Kinarut Lama – sekolah serta rumah ibadat di sekitar pekan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved