“Tap Kad Nak Masuk Tandas?” – Mesin PayWave RM1 Di Bangunan Kerajaan Kedah Curi Perhatian Netizen

9 Oct 2025 • 8:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial apabila sebuah mesin PayWave dipasang di pintu tandas bangunan kerajaan di Kedah bagi mengenakan caj RM1 untuk penggunaan tandas, mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan terkejut dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Abu Bakar TE, yang memuat naik gambar papan tanda di Urban Transformation Centre (UTC) Alor Setar dengan tulisan:

image is not available

Dalam hantaran tersebut, Abu Bakar menulis dengan nada terkejut.

Pertama kali saya kena imbas kad bank untuk guna tandas.

Menariknya, walaupun papan tanda hanya menyebut bayaran menggunakan kad bank, mesin tersebut turut memaparkan kod QR, menunjukkan bahawa bayaran melalui aplikasi mudah alih juga diterima.

Setakat ini, hantaran berkenaan telah meraih lebih 840 tanda suka dan 220 komen, dengan rata-rata netizen terhibur dan menganggapnya sebagai “inovasi moden Malaysia” , namun ada juga yang berseloroh bahawa “nak buang air pun kena cashless sekarang.”

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah,

image is not available 2025-10-09 15:57:52

“Saya Betul-Betul Lalai” – Kak KM Mohon Maaf Isu Guna Beg Jenama Boikot, Janji Akan Lebih Berhati-Hati Lepas Ini