Tapak Kubu Mat Kilau bakal diwarta tapak warisan kebangsaan

4 Sep 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tapak Kubu Mat Kilau bakal diwarta tapak warisan kebangsaan

DUNGUN – Tapak Kubu Mat Kilau di Padang Jerangau, Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun di sini, telah disenaraikan sebagai lokasi berpotensi untuk diwartakan sebagai tapak warisan kebangsaan.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohamad Muda Bahadin berkata, agensinya kini sedang melakukan kajian terperinci sebelum mewartakan lokasi bersejarah itu sebagai tapak warisan.

“Kita akan jalankan kajian lanjut termasuk daripada aspek nilai sejarah perjuangan pahlawan Mat Kilau.

“Pihak berkepentingan termasuk persatuan sejarah akan dirujuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan tulisan, penceritaan serta sejarah tapak berkenaan untuk melengkapkan dokumen penilaian,” katanya di Kampung Pasir Raja di sini, hari ini. Terdahulu beliau merasmikan majlis penutup program Jejak Warisan Merdeka dan Gotong-Royong Kubu Mat Kilau.

Mohamad Muda berkata, proses menyiapkan dokumen penilaian tersebut dijangka tidak mengambil masa terlalu lama.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan usaha merealisasikan pewartaan tapak Kubu Mat Kilau sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 tetap memerlukan pengesyoran dan keizinan daripada kerajaan negeri Terengganu.

“Kubu Mat Kilau berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan menyediakan kemudahan kepada pengunjung seperti jalan raya, laluan pejalan kaki serta tempat letak kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tapak Kubu Mat Kilau bakal diwarta tapak warisan kebangsaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved