“Tarik budak masuk dalam telekung” – Lelaki Kongsi Cubaan Culik & Pukau Oleh Warga Asing Di Taman Tema Genting

Entertainment
20 Sep 2022 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Taman tema adalah salah satu tempat yang ibu bapa suka untuk membawa anak-anak menghabiskan masa cuti sekolah.

Malah, taman tema ini juga disukai oleh mereka yang lebih dewasa kerana ada banyak rides yang boleh memberikan adrenalin tinggi seperti roller coaster dan bumper car.

Pun begitu dalam keghairahan orang ramai berseronok di taman tema, sebuah video telah tular semalam di mana seorang lelaki berkongsi pengalamannya melihat sendiri cubaan culik kanak-kanak ketika berada di Taman Tema Genting Highlands, Pahang.

@alfitry_azmi52

Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak genting@Maz image is not available

♬ original sound – alfitryazmi52 – alfitryazmi52

Dalam perkongsian tersebut, pengguna TikTok @alfitry_azmi52 memberitahu dia ternampak dua wanita yang dikatakan warga Pakistan dan seorang lagi dari Indonesia, mereka mencuba untuk menyorok seorang kanak-kanak ke dalam jubah dengan niat untuk menculik kanak-kanak terbabit.

Kebetulan pula, kanak-kanak tersebut adalah anak kepada kenalannya yang sama-sama ke taman tema tersebut dengannya.

“Mujur bapa perasan dan terus menghubungi pihak keselamatan yang berada berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pun begitu, hari ini pihak polis Bentong, ada mengeluarkan kenyataan di mana mereka masih belum menerima sebarang laporan berkenaan perkara itu tetapi mereka masih akan meneruskan siasatan.

SIARAN MEDIA YDH SUPT. ZAIHAM MOHD KAHAR,KETUA POLIS DAERAH BENTONG.TULAR DI MEDIA SOSIAL BAHAWA SEORANG KANAK-KANAK…

Posted by POLIS Bentong on Monday, September 19, 2022

Hmm, jaga anak-anak korang ye, macam-macam jenis orang sekarang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.