Tawaran pinjaman mudah, pencarum KWSP berisiko terjerat hutang

LocalPersonal Finance
13 Nov 2026 • 3:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terjerat hutang

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran pinjaman wang yang menjadikan simpanan persaraan itu sebagai asas perjanjian pembayaran balik.

Taktik berkenaan semakin membimbangkan apabila peminjam bukan sahaja menerima jumlah wang jauh lebih rendah daripada pinjaman dipohon, malah terpaksa menanggung bayaran balik berkali ganda sehingga membebankan kewangan mereka.

Ketua Perunding Unit Banteras Ahlong DM Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (DM), Adam Mustapa berkata, antara kes yang dikenal pasti membabitkan seorang mangsa dari Kuala Lumpur yang membuat pinjaman pokok sebanyak RM130,000, namun perlu membayar semula sehingga RM400,000.

Lebih mengejutkan, seorang pekerja kilang dikenali sebagai Hanisah (bukan nama sebenar) hanya menerima RM2,000 daripada pinjaman RM8,000, tetapi diarahkan membayar semula sebanyak RM24,000.

Menurut Adam, terdapat perjanjian yang mewajibkan peminjam membuat pembayaran sebaik sahaja simpanan KWSP boleh dikeluarkan, selain ada pihak didakwa meletakkan nama pemberi pinjaman sebagai penama bagi mendapatkan wang berkenaan.

Beliau berkata, tawaran seumpama itu turut dikaitkan dengan pihak yang menjalankan perniagaan Pinjaman Wang Berlesen (PWB), dengan peminjam berdepan tuntutan bayaran lebih tinggi, ancaman rekod kredit seperti CTOS, panggilan telefon berulang kali serta gangguan ke kediaman sekiranya gagal mematuhi perjanjian.

Sehubungan itu, Adam menasihatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru menerima tawaran pinjaman ketika berdepan kesempitan wang, sebaliknya meneliti setiap terma perjanjian dan mendapatkan pengesahan pihak berkuasa sebelum menyerahkan hak terhadap simpanan KWSP kepada mana-mana pihak.

The post Tawaran pinjaman mudah, pencarum KWSP berisiko terjerat hutang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved