Tealive lancar teh soda prebiotik pertama di Malaysia, tembusi pasaran minuman dalam tin

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 3:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tealive lancar teh soda prebiotik pertama di Malaysia, tembusi pasaran minuman dalam tin Image from: Tealive lancar teh soda prebiotik pertama di Malaysia, tembusi pasaran minuman dalam tin sarah05/11/2026 - 15:51 Gambar dari Facebook Tealive Mart Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Nov - Tealive memperluas perniagaannya dalam pasaran minuman sedia diminum (RTD) dengan melancarkan Sparkling Prebiotic Tea Soda, rangkaian teh soda prebiotik pertama seumpamanya di Malaysia yang ditawarkan dalam tin.

 

Pelancaran itu menandakan langkah jenama tempatan berkenaan mengembangkan perniagaan melangkaui minuman yang disediakan di kedai, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam sektor peruncitan dan e-dagang.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, pengenalan produk baharu itu bertujuan memenuhi perubahan cita rasa pengguna yang mahukan lebih banyak pilihan minuman berasaskan teh.

 

“Matlamat kami bukan sekadar menghasilkan satu lagi minuman berkarbonat. Kami sebaliknya mahu melihat sejauh mana teh boleh diterokai dan dinikmati dalam bentuk yang berbeza.

 

“Sebab itu, kami tampil dengan gabungan teh, buah-buahan, karbonasi dan prebiotik dalam format RTD untuk memberikan pengguna satu lagi pilihan menikmati teh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tealive Sparkling menggabungkan teh yang dibru sejuk dengan jus buah sebenar, karbonasi ringan dan prebiotik tanpa menggunakan pewarna tiruan. Ia ditawarkan dalam empat perisa, iaitu Passion Fruit Pineapple Tea, Lychee Oolong Tea, White Peach White Tea dan Apple Lemon Oolong Tea.

 

Produk berkenaan kini boleh didapati di cawangan terpilih 7-Eleven, Econsave, Jaya Grocer, Village Grocer, Petron, BilaBila Mart dan The Food Merchant, selain platform e-dagang Tealive.

 

tlv

 

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang menyambut baik inovasi produk tempatan serta usaha memperluas peluang pasaran di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

Dalam perkembangan antarabangsa, Tealive yang bermula di Malaysia pada 2017 kini mempunyai kehadiran di sembilan pasaran luar negara, termasuk Filipina yang mempunyai 40 cawangan dengan sasaran meningkat kepada 100 menjelang 2028. Jenama itu turut memasuki Bangladesh pada Oktober 2026 menerusi pembukaan tiga cawangan.

 

Secara keseluruhan, Tealive kini mempunyai hampir 1,000 cawangan di seluruh dunia dan lebih lima juta pengguna setiap bulan di Malaysia, dengan perniagaan produk pengguna (FMCG) terus diperluas menerusi minuman sedia diminum, produk pracampuran dan saluran jualan runcit.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved