TeamMAS Bersedia Bawa Cabaran Malaysia Ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

25 Aug 2026 • 10:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tak lama lagi, pentas sukan Asia bakal menjadi medan perjuangan atlet negara apabila kontinjen Malaysia turun membawa Jalur Gemilang ke Jepun.

Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026 akan membuka tirai pada 19 September hingga 4 Oktober depan dengan pelbagai jenis sukan bakal disertai atlet Malaysia dalam misi memburu kejayaan.

Berbasikal trek sedia beri saingan

Antara yang bakal membawa nama TeamMAS ialah Pasukan Berbasikal Trek Kebangsaan yang kini bersiap sedia untuk memberikan saingan terbaik sepanjang temasya berlangsung.

Menerusi perkongsian Sportflex Malaysia, sokongan khusus turut diberikan kepada skuad berbasikal trek negara menjelang cabaran mereka di Aichi-Nagoya nanti.

Kayuh dengan penuh semangat, berjuang demi Jalur Gemilang dan berikan yang terbaik buat Malaysia!- Katanya.

Semangat Malaysia dibawa ke Jepun

Image from: TeamMAS Bersedia Bawa Cabaran Malaysia Ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Kehangatan menuju Sukan Asia kali ini turut hadir seiring sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Doa dan semangat anda menjadi kekuatan buat kami untuk memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama negara.

Ayuh Malaysia! Sokong TeamMAS, bersama kita melakar kejayaan di Aichi-Nagoya 2026. – Kata wakil pasukan berbasikal trek Kebangsaan

Dengan hanya beberapa minggu berbaki sebelum temasya bermula, sokongan rakyat Malaysia pastinya menjadi antara pembakar semangat buat seluruh kontinjen negara yang bakal berjuang di Jepun.

Bukan pasukan berbasikal trek sahaja, pelbagai lagi sukan bakal membawa cabaran TeamMAS dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

The post TeamMAS Bersedia Bawa Cabaran Malaysia Ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved