Tebus Kredit eMADANI? Esok Adalah Hari Terakhir Anda Boleh Guna Baki Kredit

TechnologyDigital
28 Feb 2024 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Disember 2023 lepas, kerajaan telah memberikan kredit eMADANI sebanyak RM100 kepada mereka yang berpendapatan dibawah RM100,000 setahun. Seperti diumumkan ketika pengenalan, tarikh akhir untuk menggunakan kredit berkenaan adalah 29 Februari 2024.

image is not available

Bagi anda yang telah menebusnya menggunakan dompet digital Maybank MAE, Setel, TNG eWallet dan juga ShopeePay, boleh menyemak baki sekiranya terdapat kredit yang masih belum digunakan atau sebaliknya.

Selepas tarikh 29 Februari 2024, baki kredit yang tidak digunakan akan ditarik kembali, dan dipulangkan kepada kerajaan.